Artina Masaban – Gadis molek berbakat

 

Artina Masaban, berasal dari Kg Bongkol Pitas  baru sahaja selesai menamatkan  pengajian nursingnya di Kedah tahun ini. Selepas bertemu beliau kali pertama, si gadis molek ini sangat pediam dan agak susah untuk dibawa bercakap, lantas saya sengaja mengorek cerita-cerita beliau sepanjang berada di Semenanjung. Menyanyikan 3 buah lagu dalam album Gunsanggong 2 hasil ciptaan Encik Ronnie Onginjan, suara gadis ini lantang dan memang power. Fuh! Semasa uji bakat atau Test Suara di Top 1 Studio, KKIP Malawa saya berkesempatan mendengar suara live beliau menyanyikan lagu Matahariku dari Agnes Monica. Saya memang suka la suara Artina ni.

Artina 24 tahun juga menyifatkan bahawa kaum Rungus sebenarnya mempunyai suara-suara yang unik bila menyanyi. Artina atau nama manjanya Jessbl memang suka menyanyi dan kalau di beri pilihan dia ingin menghasilkan album sendiri.Walaupun sedikit terkilan  selepas album Gunsanggong 2 tersebut lahir , dia langsung tidak mendapat apa-apa royalti dari hasil nyanyian beliau. Saya juga turut melahirkan rasa kecewa namun berhajat akan bertemu dengan Penerbit serta Pengurus Produksi tersebut.

Kita terus nantikan cerita-cerita  dari Artina pada masa  akan datang semoga terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburinya. All the best Jessbl!

Cinta Sulitip – Hezzie Din

Popular dengan lagu Cinta Sulitip, Tak Tak Lungkaki , Tantu Sikit ,  penyanyi yang bernama Masdin Hezzie Metol atau nama glamornya Hezzie Din , saya kenal melalui seorang rakan ketika awal penubuhan Radio Rungus Online.  Ketika saya masih  berada di Kuala Lumpur saya teringin sangat mendengar lagu-lagu Rungus atau apa saja tentang Rungus kerana kerinduan terhadap suasana kampung halaman dan keluarga di kampung.

 

Lalu saya pun buat carian di Internet dan ternyata berhasil apabila kali pertama saya mendengar  lagu  Tak Tak Lungkaki. Lirik ni memang best dan ada ciri-ciri kerungusan, mengisahkan kisah anak gadis yang bergelar Gimpuhut ( ratu cantik ) yang sangat di sayangi oleh kedua orang tuanya.

Masdin seorang yang gemar berekspresi dengan muzik , jadi tidak hairanlah saya sering menghantar lirik-lirik rungus kepada beliau. Saya percaya terhadap kemampuan beliau dalam menterjemahkan sebuah cerita dalam lagu. Yang menjadi tanda tanya saya kenapa lagu-lagu artis rungus, jarang berkumandang di stesen radio sabahvfm khususnya, jawapannya agak mudah kerana Stesen RTM tidak punya slot bahasa Rungus. Justeru, sudah tentu lagu-lagu mereka ini terperosok begitu sahaja kesian kan..aduhai..,

Masdin Hezzie Metol kini sedang sibuk melakukan penggambaran untuk klip MTV karaoke beliau, syabas Pren! Saya sempat bersama pren ini sewaktu pembikinan klip video baru-baru ini. Anda bolehlah  bertemu dengan pren Hezzie Din di De’Sulap Cafe  Donggongan setiap malam jam 9 – 3am sambil berhibur bersama beliau.

Harapan saya semoga Masdin Hezzie Metol ini akan terus sukses dan maju jaya dalam  industri seni rungus akan datang.

 

 

 

LAYARI PORTAL HIBURAN RUNGUS SABAH

Portal Media Hiburan Rungus Sabah – Satu portal khas untuk industri hiburan Rungus di Sabah.

Portal ini diwujudkan khas untuk mengenali artis-artis Rungus di Sabah dan seterusnya mempromosikan album-album serta  aktiviti -aktiviti mereka.  Saya memikirkan sudah tiba masanya untuk memiliki blog sendiri yang membicarakan mengenai perkembangan industri hiburan Rungus di Sabah.

Di sini, saya  mengajak kepada mereka yang melayari blog ini agar marilah kita menyokong industri hiburan Rungus  di Sabah. Blog  Hiburan Rungus  Sabah yang saya  wujudkan ini merupakan kesinambungan kepada usaha selama ini semenjak mengendalikan  Radio Rungus Online September tahun 2010.

Marny Zoyy Talu

Pastinya lebih banyak bahan-bahan hiburan melibatkan artis-artis Rungus Sabah akan saya  paparkan di dalam blog ini seperti mana motto ‘ Avantang Tantu, Kalalangad Om kougal do rasa!’.