Lagu Kasih Sayang Ku & Esther- Ronn Langad

Lagu yang boleh dikatakan lagu lama tetapi versi baru-  Kasih Sayang Ku. Nyanyian asal  Molontoi Matinggi. Saya masih ingat lagu Kasih Sayang ku ini sewaktu kecil-kecil dulu pakcik saya iaitu Jeffery Mangumpil suka menyanyikan lagu  ini asal time datang “moginum diorang” dirumahnya di taman Keramat. Hiss, sampai tidak tidur lena saya dibuatnya. Masa tu, lagu nyanyian Molontoi ini masih  lagi dalam bentuk kaset. Almaklumlah kan, masa tu belum ada teknologi lagi.

Ronn- sewaktu di JLD , Tambunan mempertaruhkan lagunya Esther. Dan tak sia-sia sebab undian menyebalahi beliau di tempat ke-tiga. Syabas Ronn!

 

Nah, lagu ini  ditujukan khusus kepada mereka yang mempunyai ‘sinta-sinta  karas’ yang bekerja di Ke-iL :=)

 

Lagu ini juga ngetop di SabahVFM.Nasib baik juga lagu ni dapat “green light” untuk siaran dalam program Dusun Sabah VFM, ingatkan tidak lulus sebab ada beberapa lirik dalam BM kan macam ‘kasih sayang ku’ bahasa melayu sudah tu, om pa gia dalam bahasa Rungus Kasih Sayang ku??

Penerbit-Pengarah- Skrip semuanya serba boleh

Siapa tidak kenal Amai Bensos Omisang seorang penerbit, pengarah , penulis skrip juga pelukis . Beliau yang merupakan penggiat seni , terbabit dalam dunia kesenian dengan pembabitan awal dalam industri penerbitan buku bergambar kanak-kanak terbitan  DBP , selepas itu menceburkan diri dalam dunia lukisan dengan menjual karya-karyanya kepada hotel-hotel di seluruh Sabah.

Kini, beliau beralih arah ke penerbitan lagu dan VCD tempatan dengan menubuhkan syarikatnya sendiri. Syarikat ini diberikan nama TANTU SIKIT ENTERTAINMENT. Bermaksud , hiburan sebenar-benarnya dalam bahasa Rungus.

Sehingga kini telah 5 tahun terlibat sebagai pengarah Video untuk video-video klip terbita tempatan. Antara karya beliau ialah VCD MTV Karaoke Masdin Hezzie Metol, Album MTV Karaoke Warisan Madai dan Mus Cili Padi Vol.1 & 2. Album – album ini berjaya mendapat tempat dihati peminat tempatan dan sebahagiannya menjadi tontonan ramai di Youtube.

 

 

Dengan persediaan yang mantap, beliau bersedia untuk maju setapak lagi dengan mencuba mengarahkan dokumentari pulak. Dokumentari yang berkisar tentang budaya dan cara hidup suku kaum Rungus sendiri. Semua ini digarap dari sudut persepektif sudut pandang dan pengalaman sendiri.

 

Antara hasil karya beliau bersama Re@ Matunggong ,

Longoii Tangon atau Kisah dalam lagu

Avantang ti longoi!..Nah, ini bagi yang kali pertama  mendengar. Memang lagu ini siok. Kalau tak percaya kita dengar dulu.

 

Itulah penangan YONTIBARON dendangan Bensos Omisang another “singing teacher.” Lagu kisah tentang si Yontibaron.

 

Telemovie Ginavoku Ginavonu – terbitan Rungus

Pelancaran telemovie “GinavoKu Ginavo Nu” dan tayangan perdana  telah pun berjaya dilaksanakan pada 8hb Oktober 2011 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu. Telemovie yang dibiayai sepenuhnya oleh Tuan Jelani Hamdan selaku Presiden SAMORA ini adalah terbitan bangsa Rungus pertama selepas En Bensos Omisang yang banyak menerbitkan lagu-lagu Rungus .

Tahniah diucapkan! Saya ingat selepas ini saya juga mahu tonton sendiri bagaimana orang rungus berlakon bersama-sama mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan.

Namun ada bisik-bisik ditelinga saya ,yang  menanyakan GKGN ni , rungus ka bukan bahasa rungus pun? Tapi kenapa di anggap telemovie Rungus- o tidak sesuai..nah itu segilintir pandangan yang saya terima dari beberapa peminat industri hiburan. NO Komen bagi saya – GOOD for the start!

Walaubagaimana pun , kita seharusnya memuji pertaruhan tuan JH untuk memperkasakan Rungus itu dalam hiburan yang   sangat mengujakan. .

SEMASA PELANCARAN PENGGAMBARAN TELEMOVIE GKGN.
Tn. Jelani Hamdan ( Producer) , Leez AF, Ronn Langad (Hero), Natalia Tiffany Charles (Heroin) dan Pengarah P Dik Ganai (FDAM) .Pelancaran diadakan di Marina Resort Kudat.

Jelani Hamdan- Presiden SAMORA.

“Ada orang tidak senang hati bila saya katakan telefilem GINAVOKU GINAVONU ( GKGN) fielm Rungus ( filem orang Rungus) kerana GKGN tidak 100% menggunakan bahasa Rungus. Saya tak kata GKGN filem berbahasa Rungus. Saya hanya kata GKGN filem Rungus atau to be specific filem orang Rungus kerana 1. Diterbit dan dibiayai 100% orang Rungus (JH) 2. pelakon2nya 97% berbangsa Rungus dan 3. Lokasi penggambaran 99% di kawasan2/tempat2 di mana majoriti orang Rungus. Sebenarnya kalau saya pentingkan diri sendiri lebih baik saya namakan GKGN FILEM JELANI HAMDAN…lagi saya famous! tapi saya lebih suka bangsa kita didahulukan..Rungus didahulukan diri sendiri LATER!!” – Jelani berkata dalam post FB nya.

Sementara itu , JH juga berkata yang JH Production House akan menerbitkan DUA filem selepas GKGN iaitu MR KANTALAN dan GINAVOKU GINAVONU 2 ( GKGN 2). Audition bulan November 2011 ( tarikh akan ditetapkan kemudian). Penggambaran dijangka akan bermula bulan januari 2012.

 

Pose istimewa heroin GKGN- Natalia Tiffany Charles @ Ayuk

– Kredit photo kepada sifu Elih Qboox.

Kepada sesiapa yang ingin menyaksikan telemovie ini dan tidak sempat menonton di Dewan Masyarakat tempoh hari bolehlah melihat semula, tayangan Telemovie Ginavoku Ginavonu  yang akan diadakan  pada 22/11/2011 Jam 7PM Di Dewan Tun Mustapha, Kudat. Harga Tiket RM5 dan RM3 Sahaja… Sesiapa Yang Tidak Berkesempatan Datang Pada 08/10/2011 Yang Lalu, Bolehlah Datang Pada Masa Ini… Kotoluodan.- RL

Jom..kalau ada kereta surung sendiri sudah lama saya pergi ke sana ni..hehe jumpa di sana la ah 🙂

PERTANDINGAN SUARA EMAS PESTA GONG MATUNGGONG 2011

 

PERTANDINGAN suara emas Pesta Gong Matunggong 2011 akan diadakan pada  24.10.2011 (Isnin) Matunggong , Kudat. Tentatif  ringkas seprti berikut 08.00 pm – Pendaftaran, 09.00 pm – Kod & Saringan,07.00 pm – Peringkat Akhir (10 peserta). Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak SAMORA- Persatuan  Momogun Rungus Sabah.

Saya terbaca post ini pada status seorang rakan dalam FB. Apa yang mencuit hati saya ialah lagu-lagu wajib yang disenaraikan.  Jom kita semak!

01. Tak Tak Lungkaki (Hezzie Din)
02. Patatapo Ginavo (Robbie Angkagon)
03. Kandawai (Charles Osingko)
04. It Inipiku Kosodop (Jelson Jels Goling)
05. Ong Guminavo Koh Doho (Lorna George)
06. Okon Ko Yoku (Elista Jasti)
07. Ihad Sid Kalangadan (Helen Pele Sumbing)
08. Nasip Guminavo Dikau (Ajun Mava)
09. Hosoko Sinduol Ginavo (lorina Ingging)
10. Kandaman Piginavaan (Clare Petrus Edwin)
11. Watang Binuong (Hain Jasli)
12. Hiti Oku Poingandad (Ivy Alexander)
13. Pokitonon Ku (Jimmy Palikat)
14. Nokosuai Ginavo Ku (Felex Agus)
15. Kosorou Koh Poh Nangku Doho (Jesti Alexius)
16. Omis Nosili Topoit (George Lian)
17. Sampai Hati (John Samud)
18. Ika Koruhangku (Welly Kelo)
19. Gadis Kudat (S.Welly)
20. Ilihon Ku Tupus Ku Id Dika (Jeffry Marahum)
21. Dohon Do Sala (fhilix Don)
22. Ginavo Ku Ginavo Nu (Ronn Langad)
23. Esther (Ronn Langad)
24. Agung Do Matunggong (Rezzy Rangatan)

Nah, kepada mereka yang berbakat jangan lepaskan peluang ini.

Sino Siti – Rungus sana sini

Mendengar tajuk lagu saja sudah cukup membuat saya  teringat akan tajuk  lagu Datuk  Siti Nurhaliza- Siti situ sana sini  lebih kurang macam nilah kisahnya. Rungus pun sana sini. Apapun saya cukup bangga dengan usaha penyanyi yang tidak asing ini  iaitu Jelson Goling dalam memperjuangkan muzik-muzik Rungus ciptaannya.

“setakat didno varo no Album ku nakalabus ku 3 ALBUM om iso Album kompilasi nagama dahai..om ddno sdang oku mangagama dot album ko 4 .. baiko amu po nopongo 2 otood ilot mangagama muzik ddno..iso ogi nopongo muzik ddno om nosuvangan no dit anak ku e CHERRY j..berentak slowrock bertajuk : ULI NO..emot sid profil/wall ku …ihimon sino …Tolu album yoku kondiri pncipta lagu/lirik/pnyanyi..om it anak ku e Cherry j ..pnyanyi la”. Berikut perkembangan terbaru beliau. Selain  menghasilkan album Berupa CD TOP 10..The best of rungus 2010.

 

 

 

Sewaktu mengurus perkhawinan kakak sulung saya pada 2 June 2011 di Kudat , saya secara kebetulan bertemu dengan amai Jelson semasa beliau sedang memandu kereta. Sempat bercerita serba sedikit tentang akivitinya , saya lalu meminta senarai lagu-lagu beliau dari sifu Elih Qaboox. Maklumlah hanya  dalam keadaan tergesa-gesa semasa bertemu amai Jelson.

Antara lagu hits beliau:

1. Manari Tokou Dangdut –  Jelson Goling

2. Amu milod Sumimban – Jelson Goling

3. Sino Siti – Jelson Goling

4. Samodku Sidikau nopo – Jelson Goling

5. Tondu tanaru tobuk – Jelson Goling

6.Pitongkizadan toh – Jelson Goling

7.Joget Rumamai tokou – Jelson Goling

8.Nosoluvan ku sumuni – Jelson Goling

9.Avantang Mongigol Sumundai – Jelson Goling

Pesanan dan kata-kata terakhir beliau , “Okon ko skoviai pnyanyi Rungus kadapat maangagama dot album sampai 4 Album.. sabab cabaran ogumu om suvai ko eseso o ginavo sinod hal dot popopular ditit bahasa tokou rungus..yoku ogi..kad ponombirang laaa hehehe..” sebelum mengakihiri chat kami di facebook.

P/S : Sila dapatkan album yang original dengan menghubungi beliau di talian 019-8313064/014 – 85017505

Vincent Duan – Pengacara Rungus

Menyanyi boleh , compose lagu boleh bahkan sering diundang menjadi pengacara majlis. Itulah empunya diri penyanyi Tihad Ginavo ku  dari album Vinusak , Vincent Duan @ DJ Otungz.  RRO mengundang Vince untuk hadir pada majlis Monginsuhat Tadau Krismas 24 / 12/2010 pada kali pertama dan ternyata Vince seorang yang cukup sederhana  dan tidak lokek berkongsi pandangan mengenai dunia hiburan tempatan. Kini Vince bersama di RRO sebagai DJ dan berkhidmat secara sukarela.

Kebolehan Vince mengacara mengundang banyak permintaan sehingga RFM iaitu pihak SAMORA meminta beliau untuk turut menjadi pengacara majlis pada Pelancaran Telemovie Ginavo Ku Ginavo Nu. Namun Vince menolak dengan alasan ada perkara lain yang ingin dilakukan.

Mengenai cerita apabila ditanya caranya mengendalikan sesuatu acara boleh menggugat beberapa pengacara terkenal di Sabah, Vince berkata tidaklah sampai begitu sebab setiap pengacara memiliki karisma dan kelebihan. ..ya syabas Otungz.!

Ditanya adakah dia ingin menceburi bidang pengacaraan? Avantang Tantu!

 

 

 

Mahu Artis Bersungguh-sungguh

Datu Badd atau nama sebenarnya Datu Badaruddin Bin Datu Ibrahim sebenarnya sangat tidak asing dalam industri muzik tempatan Malaysia sebagai seorang komposer berbakat yang melahirkan pelbagai idea dalam lagu dan lirik untuk artis-artis popular tanah air. Beliau berasal dari Kudat dan bertugas di Kudat. Antara lagu-lagu yang diciptanya untuk artis tempatan Sabah ialah ‘Gadis Kudat’ nyanyian S. Welly dan beberapa buah lagu lagi yang dinyanyikan oleh Aunabila dan Ammat Asir. “Saya mengharapkan agar artis-artis Sabah pada masa ini bersungguh-sungguh dalam memantapkan mutu persembahan agar dapat bersaing dengan artis di luar sana di samping untuk lebih berkeyakinan diri sebagai seorang artis” katanya.

 

Beliau sebenarnya lebih dikenalli di pasaran global dan sebaris dengan komposer Sabahan yang lain seperti Zulfeqar dan Asmin Mudin. Antara artis popular yang telah memuatkan karyanya dalam album ialah Azaharina, Kumpulan Spring, Farahwahida, Naseer Wahab dan Amy Mastura. PHS juga diberitahu bahawa akan lahir 2 album dari artis Semenanjung Malaysia yang telah memuatkan karyanya. Apa yang lebih menarik, ada antara lagunya yang dijadikan soundtrack untuk filem seperti filem Berlari Ke Langit dan beberapa buah filem lagi.

Selain mencipta lagu, beliau juga giat dalam susunan muzik dan pembikinan video klip. “Masa-masa yang terluang akan saya gunakan untuk mencipta lagu dan memenuhi permintaan kawan-kawan yang ingin menceburkan diri dalam dunia glamour ini” kata Datu Badd yang sangat meminati sukan golf sebagai hobi.

Dikaitkan dengan sukan, beliau juga adalah ahli sukan yang berjaya yang mana nama beliau sangat tidak asing dalam sukan bola keranjang di peringkat kebangsaan dan pernah menjadi pemain jemputan bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia semasa temasya sukan tersebut di peringkat kebangsaan.

Sumber – http://linzbokarachai.net

 

polingai-noh-i-janji-toh

“antad di masa remajapo…….sekitar 80an, kopitiimpo Juara Kaamatan Daerah Kudat 1990 om rakaman keso 1997 om vcd 2005” …itu adalah detik-detik permulaan Sigu Jaslin Okirim menceburkan diri dalam bidang seni suara. Olingai noh i janji toh –  menjadi siulan anak-anak muda tahun 90-an, nah begitulah tajuk lagu popular beliau. Lagu ini memang best , Avantang Tantu dan selalu pula  mendapat request song dari pendengar RRO.

 

Sewaktu  saya bertemu beliau pada Road Show RRO kali pertama 10.10.2010 , orangnya cukup sempoi dan penyayang sangat. Apa tidaknya siap mendukung anaknya lagi masa tu haha..tak kisahlah kan yang penting saya kenal sigu Jaslin ni orangnya betul-betul sederhana. Senang untuk bekerjasama dengan beliau, dan beliau sempat memberikan CD album kenangan kepada RRO,

Antara lagu yang popular  adalah seperti :

1.  Koposizon – Jaslin Okirim

2.  Polingai No I Janji To  – Jaslin Okirim

3.  Joget Ingkod Noh Miinum  – Jaslin Okirim

4.  Unduk Ngadau – Jaslin Okirim

5.  Henny – Jaslin Okirim

6.  Kada Kakaus – Jaslin Okirim

7.  Bayar CCM – Jaslin Okirim

8.  Mititimung Om Misompuru – Jaslin Okirim

9.  Otutunan Ong I Aling –  Jaslin Okirim

10.  Gumama Tokou – Jaslin Okirim

11.  Sumandak SMK Sikuati  – Jaslin Okirim

Suara macam Siti Nurhaliza la!

Kali pertama mendengar suara penyanyi ini hati saya berbisik, suara macam Siti Nurhalizala!..ya saya tidak nafikan itu. Suaranya memang mirip suara CT namun cara lenggok suaranya saja yang berbeza. Itulah pemilik suara Rasmoi Otong atau Ivy berusia 29 tahun. Pernah memenangi Sugandoi Bongkol, di Pitas. Kali pertama kami jemput Rasmoi ke Konti RRO pada awal Januari 2011 bersama-sama dengan pengurus beliau Encik Frankie Pulian juga seorang artis yang pernah popular sekitar tahun 90-an.

Lagu-lagu Rasmoi Otong memang siok-siok dan mendayu-dayu. Apa yang mengkagumkan saya ialah muzik dalam albumnya yang akan datang adalah hasil daripada susunan beliau sendiri, boleh tahankan?

Rasmoi Otong  yang sangat popular dengan lagu -lagu seperti Songkuro Po Kalaid, Monginud Koulian, Kaamatan berani bereksperimen dengan muzik -muzik baru.

Saya yakin Rasmoi Otong boleh pergi jauh kalu kena pada pengurusnya yang efektif.