Mahu Artis Bersungguh-sungguh

Datu Badd atau nama sebenarnya Datu Badaruddin Bin Datu Ibrahim sebenarnya sangat tidak asing dalam industri muzik tempatan Malaysia sebagai seorang komposer berbakat yang melahirkan pelbagai idea dalam lagu dan lirik untuk artis-artis popular tanah air. Beliau berasal dari Kudat dan bertugas di Kudat. Antara lagu-lagu yang diciptanya untuk artis tempatan Sabah ialah ‘Gadis Kudat’ nyanyian S. Welly dan beberapa buah lagu lagi yang dinyanyikan oleh Aunabila dan Ammat Asir. “Saya mengharapkan agar artis-artis Sabah pada masa ini bersungguh-sungguh dalam memantapkan mutu persembahan agar dapat bersaing dengan artis di luar sana di samping untuk lebih berkeyakinan diri sebagai seorang artis” katanya.

 

Beliau sebenarnya lebih dikenalli di pasaran global dan sebaris dengan komposer Sabahan yang lain seperti Zulfeqar dan Asmin Mudin. Antara artis popular yang telah memuatkan karyanya dalam album ialah Azaharina, Kumpulan Spring, Farahwahida, Naseer Wahab dan Amy Mastura. PHS juga diberitahu bahawa akan lahir 2 album dari artis Semenanjung Malaysia yang telah memuatkan karyanya. Apa yang lebih menarik, ada antara lagunya yang dijadikan soundtrack untuk filem seperti filem Berlari Ke Langit dan beberapa buah filem lagi.

Selain mencipta lagu, beliau juga giat dalam susunan muzik dan pembikinan video klip. “Masa-masa yang terluang akan saya gunakan untuk mencipta lagu dan memenuhi permintaan kawan-kawan yang ingin menceburkan diri dalam dunia glamour ini” kata Datu Badd yang sangat meminati sukan golf sebagai hobi.

Dikaitkan dengan sukan, beliau juga adalah ahli sukan yang berjaya yang mana nama beliau sangat tidak asing dalam sukan bola keranjang di peringkat kebangsaan dan pernah menjadi pemain jemputan bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia semasa temasya sukan tersebut di peringkat kebangsaan.

Sumber – http://linzbokarachai.net

 

Leave a comment