Vincent Duan – Pengacara Rungus

Menyanyi boleh , compose lagu boleh bahkan sering diundang menjadi pengacara majlis. Itulah empunya diri penyanyi Tihad Ginavo ku  dari album Vinusak , Vincent Duan @ DJ Otungz.  RRO mengundang Vince untuk hadir pada majlis Monginsuhat Tadau Krismas 24 / 12/2010 pada kali pertama dan ternyata Vince seorang yang cukup sederhana  dan tidak lokek berkongsi pandangan mengenai dunia hiburan tempatan. Kini Vince bersama di RRO sebagai DJ dan berkhidmat secara sukarela.

Kebolehan Vince mengacara mengundang banyak permintaan sehingga RFM iaitu pihak SAMORA meminta beliau untuk turut menjadi pengacara majlis pada Pelancaran Telemovie Ginavo Ku Ginavo Nu. Namun Vince menolak dengan alasan ada perkara lain yang ingin dilakukan.

Mengenai cerita apabila ditanya caranya mengendalikan sesuatu acara boleh menggugat beberapa pengacara terkenal di Sabah, Vince berkata tidaklah sampai begitu sebab setiap pengacara memiliki karisma dan kelebihan. ..ya syabas Otungz.!

Ditanya adakah dia ingin menceburi bidang pengacaraan? Avantang Tantu!

 

 

 

Leave a comment